Jangan Gesel Sini

Selasa, 20 Mac 2012

Mid-Term Exam ku yang suam-suam kuku

Ngeh. last Friday baru daftar subjek. Ini hari sudah mid-term. Apekah?

Ya. Itu la nasib nama nye tuan-tuan. Untung sabut timbul. Untung besar kite pergi Joli eh. Hahaha. Okeh, tak lawak.Lupekan..




Semalam dengan main paksa-paksa dengan mata nie, suruh tido awal semata-mata membolehkan aku bangun awal ternyata sedikit berjaya walopon hampir-hampir kantoi jugak. Yup, berjaya dengan mengorbankan sesi breakfast aku. Ceh..lapo perut aku nih.




Masuk kelas, sedikit terpinga-pinga. Orang dalam kelas pun sedikit terpinga-pinga, lihat aku macam orang asing masuk kelas tu. Ahh, pedulik ape, janji aku masuk kelas yang betul. Duduk, buka nota sikit-sikit. Pastu tak paham. Tutup nota. Kelas makin penuh, student semua dah masuk, sume belek nota, belek buku..aku jer belek orang. Tak tau nak study ape, buka buku pun nota selambak macam nota sejarah Form 5. Penuh ayat berjela-jela. Harap last minit study aku last week ada hasil yang membanggakan. Bangga tu dalam erti kata, kertas jawapan tak akan kosong saje lah. hehe. Lu paham sendiri ek.


Nah. Lecturer kesayangan sudah masuk. Sayang tak sayang, di tangan beliau ada kertas soalan mid-term. Ok, sure. Wa mati kutu pasnih. Ape lah den nak jawab. Haish...tak mati kutu, wa mati benda lain. Tiba-tiba member wa tolong introduce kan wa kat Lecturer kesayangan.

" Prof..dia nie baru masuk!" member aku tiba-tiba baek tolong introducekan. Aku sengih kerang. 

"Eh, boleh daftar lagi ek?" Prof. jawab selamber. 

"Boleh lagi, saya daftar Jumaat lepas". Simple dan sopan. Ah..sopan la sangat. 

"Hehe. Prof gelak. Gelak untuk ape tak tau.

"Erm, takpelah, nak tak nak kena amik juga la, mid-term ni". Simple giler prof ni. simple tapi dangerous. Hehe. Nanti aku share nape dangerous. 


Aku sengih kerang bakar pulak. Member aku pun sama. Cubaan untuk tunda mid-term tidak berjaya. So, last   weapon - taram jadah masa mid-term ni. Note untuk adik-adik luar sana- Jangan taram jadah tanpa skill yang betul walopon my skill pun takdelah power sangat. Neway, i still survive till this level. 


Prof dok explain panjang lebau..eh lebar..masa nya sejam. Dua soalan. Bahase Inggeris ye pak cik mak cik. Me think very deep to ask which question. Then, jawab yang mana tau dulu with confident. ya, confident adalah yakin.


Well, tiba-tiba tak berasa selesa dengan pen yang digunakan adalah simptom biasa untuk unprepared student. Sengal. Tiba-tiba rase pen yang aku pakai ni, tak sedap, tak lancar dakwat nye. Sampai terbantut nawaitu somaigadin nak tulis jawapan. Aku teruskan jugak. Pandang depan, prof tengah dok pandang aku. Terbantut jiwa nak tengok member lain jawab macam mana. Mungkin depa pun kusyuk gak. Homaigod!


Abis lenguh-lenguh menjawab. Aku rasa punca aku camni pasal aku dah jarang menulis. Aku cume banyak menaip kat laptop. Itu punca nya. See? Mana ada nak tulis kat blog kena buat draf basa-basi kat paper dulu, pakai pen kan. Mesti terus je tulis kat blogspot korang kan. Ya..that the weakness yang aku nampak. 


Soalan yang pertama jawab nampak macam rase paham. Err..maksud nye rase macam leh goreng la. So, siap. Masuk ke soalan pilihan kedua, aku rase tak yakin lak. Baca betul-betul. ermm. Tak paham, dan tak rase banyak isi nak goreng. Aku padam, aku alih buat soalan lain. Haish. Lantak la, ikut perspektif ekonomi pun boleh la, janji ada kaitan. ade karut-karut sikit. err...Cost-Benefit Analysis kan ada dalam ekonomi kan? ke adalah dalam filosofi jer? 


Pandang kat Prof. Macam takde. yeah. rase nak bersorak, leh la rilek-rilek kan tengkuk dan tangan yang lenguh ni. Baru nak rilek-rilek, terperasan Prof dibalik komputer. Ahhhh...ces! tak jadik. Tukar plan. kena pakai mood student cemerlang balik. Tekun tengok kertas jawapan  walopun tak tau nak jawab apa. Mati la. 


Ok. Aku ngaku, aku dah stop jawab soalan (rasa macam dah abis jawab) dan mase ada lagi 30 minit. Serius, sebagai orang baru kelas tu, tu tak patut jadi. Patut kena wat blur-blur, wat tension dan lain-lain lagi. Homaigod. Mintak-mintak Prof bagi aku clean 20 marks. Haha. Takdelah, aku taram je jawab. Kalo lulus pun okai.



Akhirnya. Masa dah time! Ya. Sekali ulang. MASA DAH TIME! Prof dah bangun..amik kertas jawapan. Then sambil-sambil tu cakap.


"Sebenarnya jawab soalan tu simple jer..kan? Ni tengok jawab sume banyak-banyak la ayat dia, sampai penuh kertas. Saya tengok Helmi lagi la, masuk-masuk kelas jer terus exam. Kan? Haha. Prof gelak. Saje kasi suasana tak stress dengan ketidakmampuan jawab exam tadi. Aku sengih kerang lagi, lagi dan lagi..


Pastu, Prof explain tugasan. Kasi dateline then remind me again about the task. Thanks prof. remembering my name in a short time is quite impressive. Tapi wa tau, jangan main-main dengan lu punya kindness.  I know that. K guy. Cheers..



p/s: Hopefully this semester will be the last, and can graduated on time. 





5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pape
abe terbaik
bau daftar
trus amek exam

hebat sgt2,,,ahaksss
haha

Unknown berkata...

hehe.takdelah hebat sgt pun..

Tanpa Nama berkata...

merendah dri pulok

Unknown berkata...

memang rendah pun...
xkan tak pernah nmpk aku...hehe.rendah kan?

Tanpa Nama berkata...

abe...
x rendah la

katik jer...
serama jer...

pendek2 cute...
terkedek2..
haha