Jangan Gesel Sini

Rabu, 22 Disember 2010

Riben

Dulu-dulu, mase zaman kecil-kecil, zaman menjadi anak-anak..hidup terasa meriah dan istimewa walopon bukan semua kehendak diikut apalagi diturut. Bila lihat kanak-kanak riang bergaun pink, bertocang dua dan hujung nya diikat riben ternyata menyenangkan hati. Riben- hiasan yang murah, cantik dan senang pakai. Hoo..lupe. riben ni hiasan untuk kaum wanita ye, untuk kanak-kanak ribena so jgn tiba-tiaba tersalah beli. Ade orang gune riben untuk pelengkap bungkusan hadiah yang kadang-kdang harganya lebih mahal dari kertas pembalut. Riben juge kadang jadi penghias di kek pengantin. walpon tak pernah nampak lagi orang makan riben di kek itu, eleman riben tu mesti ada dalam  kebanyakan kek pengantin dulu-dulu.Kalau tak silap aku lah!



Sekarang ni dah macam-macam orang pelbagaikan. riben untuk kempen. Kempen ape? kempen apa-apalah. Kalau anda sokong kempeng tu, anda pakailah riben warna yang dinyatakan. kalau mahu sertai kempen anti AIDS pakai riben merah, agak-agak anda itu artis `fofular`..jangan lupa pakai riben warna silver atau perak. untuk banteras cetak rompak. Untuk kempen kanser payudara sila pakai riben pink yang terang habis tu. Itulah..macam-macam warna ade. Itu baru Malaysia, belum di Barat lagi...depa lagi banyak warne untuk riben agaknye..So, kalo kita mahu buat kempen Selamatkan Bumi, Cintai Alam Sekitar, No plastic Bags! atau kempen kutip sampah ker..warna ape yang sesuai? hijau barngkali. hehe. Anda pikir lah sendiri, ade peluang buat la sesuka hati riben ape-ape pun!




Opp, lupe. kalau anda cintakan keamanan. Sayang kan Gaza...Pakai Riben Hitam.Okeh?