Jangan Gesel Sini

Rabu, 14 November 2012

Hijrah Seorang Pemuda



Untuk yang muslim, selamat menyambut tahun baru, 1434 Hijrah. Doa akhir tahun (1433H) dah baca? doa awal tahun (1434H) dah baca?


Ini rasanya pertama ada entri sempena tahun baru hijrah ni, wadus, terasa jahil dan alpa nya aku. Sebelum ni mungkin ingat, cuma mungkin tak amik kisah, aku lebih suka ada tindakan dari azam semata-mata, maka kadang-kadang aku nampak tahun baru itu cuma satu keghairahan untuk berazam dan berubah disebabkan ianya permulaan bagi satu tempoh yang genap setahun, maka...nampak cantik kalau awal-awal dah berubah.


Insya Allah, moga tahun Hijrah ni 1434, aku berada pada satu posisi yang lebih baik, dari hari dan tahun sebelumnya. Aku masih bebal, masih dungu ilmu, maka maafkan segala khilaf-khilaf yang terzahir sewaktu dulu. Owh ye, doakan aku jadi lebih baik dan berjaya hendaknya dan moga aku jadi orang yang bermanfaat di dunia nie. Sebab, prof Muhaya pernah ingatkan, Allah sayang orang bermanfaat!


Salam Hijrah, daripada aku untuk kamu semua  yang aku sayang.