Jangan Gesel Sini

Sabtu, 7 Februari 2009

`unexpected meeting`

salam..

hi.meneruskan hari2 dengan cerita sama kadang cukup membebankan.kadang2 mcm kerugian berada dalam takuk yg sama untuk jangka masa yg lame.kesudahannya:- lesu!

Bercerita tentang kesedihan dan kegagalan bukanlah option terbaik yg aku ader.cerita tentang vacancy, cerita tentang open interview, cerita tentang iklan kerja..sumenya meriah bila tgh menganggur.JADI, banyak lagi perkara yg perlu difikirkan, yg perlu dilaksanakan.

Sementelah hujung minggu..pertemuan dengan rakan2 sekampung sgt menerujakan.berkongsi cerita dan pengalaman.kebetulan sumenya telah bekerja..aku menjadi sedikit statik..kejung untuk mencelah dalam perbincangan.tapi semuanya berlangsung dalam acara yg sederhana dan harmoni.mungkin ini cara Tuhan memberkan sedikit peringatan dan panduan melalui cadangan dan nasihat rakan2. Kini...pencapaian akademik bukan lagi ukuran hatta untuk dibangga2kan.cukuplah sekadar jadi tatapan dan koleksi untuk memenuhi ruang dalam resume yg penuh harapan tu.

Sebetulnya..pertemuan yg xberapa dirancang cukup sederhana.datang tanpa apa2...meninggalkan segala kebanggaan dan penghargaan semata2 untuk berjumpe memori sewaktu sek rendah.itu yg lebih penting.dan pertemuan yg seketika itu cukup lama untuk saling mengingati dan bertanya khabar...mungkin selepas ini tetap berjumpa namun mungkin dengan status yang berbeza..dan macam2 lagi..

kesimpulannya..when you come at this stage...those `connections` is everything than your meaningless memories..

Tiada ulasan: