Jangan Gesel Sini

Sabtu, 22 Oktober 2011

Keputusan terbaru final Qatar Classic 2011



Ini adalah final kelima Datuk Nicol Qatar Classic. Qatar Classic 2011 kirenya macam 4 grand slam dalam tenis la. Ade prestige, hadiah pun masyuk, ramai star turun. So, Datuk Nicol turun kali ni pun untuk gelaran kelima beliau.


Selepas susah payah bermain melawan Rachael Grinham di peringkat separuh akhir dengan  kemenangan 3-1 (11-6, 4-11, 11-6 dan 11-8) dalam mase 52 minit. Datuk Nicole mara ke Final Qatar Classic 2011 untuk berjumpe pilihan ke-3 ---. Madeline Perry dari Ireland.


Well, Madeline Perry ni pun leh tahan juga hebat...beliau masih lagi mampu ketepikan bintang-bintang squasy dari England. Laura Massaro, Jenny Duncalf dan Alison Water. Beb, trio England ni memang jahaman sket, suma pakat-pakat mau kalahkan Nicol (owh, ko patut tengok sepanjang Malaysia Open dan Singapore Open 2011).




So, final ---> Madeline Perry, pilihan ke-3 kejohanan. minah salih tu munggg!

Macam biasa, Nicol tegar untuk menang. Menang straight set 3-0!!! (11-2, 11-7, 11-3). Happy giler wa rase. Macam pengganti Piala yang sepatutnya beliau menang di US Open. So, big hooray for Nicol David!!!


A winning smile from Nicol


 note:
 ........................................................................................................
Aku fikir Datuk Nicol sudah sedar silap beliau masa di Amerika Syarikat aritu, sewaktu US Open. Yup, tak dijangka. So, kali ni mungkin Datuk Nicol sudah prepared abis-abis sebab Madeline Perry ni pun pernah kalahkan beliau sekali kalo tak silap aku. That time, aku pun pelik sape la Madelline Perry ni sampai boleh kalahkan beliau. Kalo Jenny Duncalf, Rachael Grinham, Alison Water ke aku tak pelik sangat. So, bila search balik. minah nie memang superb, so tak pasti lah beliau sempat dapat title no.1 dunia sebelum tua sebab Jenny Duncalf pun dah lama dok ngidam bertahun-tahun nak title tu dari Nicol.


Sebab, selain England yang berlambak dengan player-player muda macam Alison Water, Emma Beddoes,Laura Massaro tu, Jenny Duncalf. Egypt pun dah punya wakil yang banyak dalam top 50 atau Top 20 sekali pun dalam skuasy wanita. Raneem El-Walleily, Nour el- Tayeb,Nour El- Sherbini  dan Farah Abdel Meguid. Malaysia? Adelah si Low Wee Wern, Low Wee Wern dan Siti Munirah Jusoh. Baru-baru ni Wee Wern jatuh ranking. Prestasi tak seberapa tapi harap-harap beliau sempat belajar sesuatu dari Datuk Nicol sebelum Datuk Nicol bersara. Kesian Malaysia takde orang nak bg pingat emas lagi. Tapi bagus nya, Wee Wern sedar diri, dah Qatar Classic ni beliau  sampai ke suku akhir. Tunjukkn jalan keluar pada Laura Massaro yang pernah tewaskan Datuk Nicol di Singapore Open kalo tak silap. Nah, amekaw!!

Photo credit here

Tiada ulasan: