Jangan Gesel Sini

Isnin, 10 Disember 2012

Pelik dalam scene filem Malaysia

Pernah tengok Nujum Pak Belalang? Abang 92? Ringgit Kassorga? Sayang Salmah? XX Ray? Puteri Gunung Ledang? Ombak Rindu? Istanbul Aku Datang? Well, itu semua adalah definisi filem Malaysia dalam cerita aku kali ni.


Maksudnya mudah, iaitu filem cereka Melayu yang diterbitkan dalam bahasa Melayu untuk pasaran orang-orang Melayu. Filem orang Malaysia tapi bahasa Tamil ke, bahasa Mandarin ke, minta maaf, tak dapat nak ulas sebab -TAK TENGOK!

Istanbul Aku Datang! antara filem Malaysia yang catat kutipan yang baik.



Setiap kali baca surat khabar, terutama bahagian hiburan (spesifik: review filem) akan ada ulasan dari pengulas yang ada latar belakang filem, maksud aku layaklah untuk menilai filem tu macam mana. Untuk umum macam aku ni, penilaian itu kadang terlalu subjektif. Ada orang nilai filem itu bagus sebab banyak aksi berahi, rogol sana-sini, aksi ganas pukul sana-sini dan teknologi CGI. Itu kadang boleh jatuh sebab filem tu bagus. Ada orang kata filem tu bagus sebab bajetnya besar, bajetnya juta-juta, oleh itu mesti kualiti yang baik mampu diberikan produser tu. 


Lain dari itu, orang boleh kata filem tu bagus sebab pelakon-pelakonnya kelas A, popular, cantik, tampan, berketak-ketak dan berbentuk-bentuk. Itu tafsiran filem bagus dari umum. Namun ada juga umum yang lebih bijak menilai filem yang bagus dari pengarah filem tu sendiri, itu jangan nak nafikan. 


Jadi, dalam nak jadikan filem tu bagus, pasti aktor/aktress sungguh-sungguh menjiwai watak. Seboleh-boleh sang aktor nak mimic macam keadaan asal watak, sungguh-sungguh punya penjiwaan supaya nanti kesannya nanti, penonton boleh rasa. Maka atas sebab itu lah, (dan mungkin sebab mahu tarik penonton ke wayang) latihan dan persediaan pelakon tadi di ceritakan di akhbar.

"Demi menjiwai watak Lucy, yakni karekter seoran pelacur, maka saya cuba berlatih memakai yang seksi dan seksa untuk menjiwai watak. Kadang-kadang cuba semalam dua berlatih di lorong-lorong gelap." Komen aktress terkenal. Luyana Jusmin.

" Saya suka watak Zack tu, karekter tersebut mencabar, so adegan-adegan intim tersebut kami lakukan secara profesional dan isteri saya pun tak kisah asalkan kesannya dapat dirasai penonton" Terang Farid Onn.


"Ini watak gila, watak yang penuh konflik dalaman. Jadi saya bertekad tetap mahu membotakkan kepala, walaupun bagi wanita rambut itu adalah mahkota mereka tapi saya tetap tekad mahu berikan terbaik walaupun produser sedia memberikan pilihan untuk memakai sarung kulit kepala atau pun penggunaan teknik CGI". Ulas aktress terbaik Anugerah Filem tahun lalu, Maria Wahida.


"err. Dalam filem ini saya memegang watak seorang Ustaz. Jadi macam itulah..itu hanya karekter saya dalam filem saja, jadi jangan samakan dengan kehidupan saya di luar. Oklah, no more comment!". 


Haha. Itu hanya segelintir saja. Pelik bagi aku kadang-kadang. Preparation untuk watak jahat, watak jalang, watak serius, persediaan nya bukan main, bukan calang-calang. Bila kena watak baik, watak alim, jarang pula (atau tak dengar langsung) aktor sungguh menjiwai karekter seorang ustaz. Ustaz tu karekternya macam mana? Penuh dengan solat sunat, hatta yang wajib tertunai berjemaah di masjid, malamnya diisi tahajjud, bibirnya penuh dengan bait-bait surah Al-Quran. Namun persediaan lakonan hanya cukup dengan baju melayu, kain pelikat mahupun jubah putih, solekan ringkas dan sedikit colet hitam di dahi? - Tak adil sungguh!.


Aku tak salahkan mereka, mungkin persediaan untuk watak alim terlalu berat, tapi kadang-kadang terpikir juga mana adilnya mereka dalam setiap watak. Kesian tengok penonton, tiket makin mahal tapi lakonan hampas yang dapat. Bintang filem dapat ribu-ribu, dapat glamor tapi impak positif untuk penonton, sebutir debu pun tak ada. 


Itulah yang aku pelik dalam filem Malaysia. Harap-harap generasi pelakon baru banyak belajar dari industri filem Iran.


Nota: Al-fatihah untuk saudara Mohammad Amirul Mazlan, watak utama dalam Telefilem Masihkah Ada Ramadhan. Telefilem yang aku tonton dan hayati ceritanya sepanjang ramadhan lalu. Mungkin secara kebetulan, hayatnya pendek seperti dalam telefilem tu. (Aku tau cerita ni bila try google imej untuk telefilem tersebut). Innnalillah.




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

filem malaysia oh filem malaysia...

helmi...
ko buat per skang...
study amacam...dah abis...
keje mana dah...

Unknown berkata...

i do nothing. hehehe

hopefully you write something, then i have the chances to comments as well.

Tanpa Nama berkata...

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your helmigaban.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com