Jangan Gesel Sini

Isnin, 21 November 2011

Ini memang super Nicol


Relaks dulu. wa tau lu tengah gemuruh tambah excited team Harimau Muda jumpe Garuda untuk Final Bola Sepak Sukan SEA esok kan? Nih, wa saja-saja nak tambah lu rasa bangga dengan atlit Malaysia ni. Yup, that our living legend in squash la - Datuk Nicol David.


Datuk Nicol David winning the Hong Kong Open 2011



Congratulation untuk Datuk Nicol David la, untuk Piala Terbuka Hong Kong 2011. Piala yang yang dah macam tertulis nama beliau diatas plak. Bukan kali pertama, bukan kali kedua, bukan juga kali keenam. TAPI KETUJUH dah beb! haha. memang heaven! So, tahniah sekali lagi.

So, enjoy sikit gambar-gambar aksi pertarungan semasa final.



Final kali nie, beliau mengalahkan Raneem el Waleily dari Egypt 11-5, 11-4 dan 11-9 dalam masa 30 minit. Straight set tapi Raneem macam biasa tetap berikan cabaran dalam setiap game! Cuma mungkin beliau dapat kehabisan idea untuk dapatkan mata kerana setiap kali bermain shot, Nicol tetap berjaya mengejar dan memberikan mata demi mata kepada Nicol.


p/s: Sedikit sedih kerana media kurang memberikan banyak berita tentang skuasy, selalunya bila dah masuk final, atau menang, baru lah ade berita. Contohnya, Terbuka Dunia awal November lalu, tak banyak berita pasal kejohanan itu. Pelik sungguh, Nicol tu dah tahap legend, walaupun dah masuk Hall of Fame Skuasy dunia pun, tak banyak berita pasal beliau.Huu, penat wa belek-belek surat khabar melayu cari berita pasal Nicol, takde juga. Hampeh. Naseb ada fesbuk dan internet.


photo credit to squashstars.comwww.squashstars.com


Tiada ulasan: