Jangan Gesel Sini

Ahad, 10 Julai 2011

BERSIH 2.0: sebelum, semasa dan selepas

Sejak dua minggu nie, berita dok heboh pasal perhimpunan BERSIH. Perhimpunan haram. Perhimpuan parti pembangkang, perhimpunan dok laga-laga melayu, perhimpunan dok rosak reta rakyat dan keselamatan awam. Wa bersifat neutral. Wa kena neutral. Kalo tak..wa kena tahan telinga dok dengar hujan lagi satu pihak. Pihak mana? Haha, dok senyap sudah la.baca saja noo!


  • Kalo orang sudah paham BERSIH itu untuk apa, mesti depa dok pertikai sangat. 

  • TAK SETUJU Bersih, bila depa wat perarakan. Baik depa wat kat stadium. Lagi tersusun, lagi kemas, panggil segala media. Mesej biar jelas, mesej biar sampai dan objektif pun dipenuhi.

  • Buat kat stadium walopon tak havoc, tapi ok la wat dari duk berarak kat jalan. Ambiga tuh pun tak sure leh kontrol penyokong tu satu-satu. Kot-kot ada yang gatal tangan dok rosak reta awam, tak ke naya. Wat buruk nama BERSIH jugak.

  • Betulkah kerajaan tak bagi depa wat kat stadium jugak? kenapa? Mesti ada SEBAB?

  • Kerajaan atau kepimpinan yang telus mesti SEDIA kena kritik. Ini bukan orang hutan yang bodo-bodo mau kritik.Ini manusia, ada otak. Kalo depa nampak ada kepincangan, depa mau tegur la. Mau tutup mana yang lompong.

  • Bila wa nampak orang pakai baju BERSIH hatta t-shirt warna kuning kena tahan, tapi tiba-tiba ade segerombolan manusia ber-tshirt seragam MERAH bebas . MANA ketelusan pihak terbabit bertindak? Padahal dua-dua haram tue beb! KPN dah beritahu tau tak awal-awal dulu! Polis tak tahan ke mereka-mereka nie kat tol PLUS lagi?

  • Wa nampak ade pnyokong ber-shirt kuning (tak pasti kumpulan mana) bawa seorang kanak-kanak dalam lingkungan 12 tahun. BAHAYA tu beb! Jangan la babitkan kanak-kanak jumpe waterbom si BOMBA, tak pasal-pasal lagi buruk nama gorup kamu! Plz, children shield memang x tak gentlemen la bro!

  • Orang selalu kate, perhimpunan nie lagakan kaun MELAYU jer. MAJORITI nyer? Eh, kaum Cina, Kaum India, Kaum ape pun lah..ini memang niat kamu ker? Kalo bukan, maka buktikan lah!

  • BERSIH dan PATRIOT menjadi badge kegemaran pengguna fesbuk. Itu menjadi tanda dan entiti yang signifikan si pengguna Facebook terhadap isu panas ini.

  • Isu BERSIH ini menyebabkan banyak yang tidur* bangkit memberi pendapat. Ada yang bernas, ada yang emosi, ada yang dangkal, ada yang tak kisah pun! (yerr, situasi politik Malaysia kadang-kadang buatkan orang muda malas ambil pot*)

  • Wa bajet ade tiga kumpulan HARAM wajib samak* Sabtu lepas. Bersih dengan warna kuning, Patriot dengan warna merah, dan PERKASA dengan warna? ehh, warna ape? EH?? Mana Datok Ibrahim Ali? Plz, anyone?

  • Owh, media..tolong menjadi TELUS. Ingat kami tak tau ke, kamu cari shot yang bagaimana?

  • Oh, pleaze..jangan maki POLIS. Depa hanya cari rezeki, mau bagi anak bini depa makan. Depa takde skill bisnes mcm kamu, Depa takdak skill MLM macam kamu. Bila perompak banyak, kamu kata polis tak wat keja, bila polis wat keja, HANG PA dok carut bukan-bukan pulak! marah kat kepala dia, bukan kat ekor dia nu.

  • Hehe. Ini last sekali. Ini Malaysia. Negara demokrasi, lu berhak bersuara beb, beri pendapat. Tak salah pun. Tapi bagi pendapat berpada-pada la bro, lu gebang hebat di fesbuk pasal BERSIH macam lu lagi paham takpe, tapi lu cakap sedap-sedap orang bodoh, kat orang tua yang JELAS-JELAS lagi awal makan garam dari lu, hidup zaman Jepun dulu, lagi paham hidup ini macam mana. KENAPA? LU tak abis sekolah pun, lu sekolah tinggi pun tak. Wa pun segan nak beri pendapat sebab wa pun rase nothing bila banding dengan cendekiawan macam tuh. Tapi lu seda-sedap kate BODOH?? Perghh, wa rase lu hujah-hujah kat wall fesbuk tu pun orang dah tau lu macam TIN KOSONG!!! tau tak?

  • Sekian. Ini bersih punya penangan. Chow!

p/s: Kalau wa pakai baju t-shirt MERAH, tulis bersih..agak-agak kena tangkap polis tak?

    Tiada ulasan: