Peminat K-POP kata Daebak. Peminat Punk kate...err..entah. Aku tak survey lagi. Nah, ini la hasil dari melejen buku di Keris Mas aritu. Tiga buku, selai t-shirt kat Lejen Press. Lejen tak lejen, abis jugak la beberapa not 10 dalam wallet aku. Kering.
Tajuk: Awek Chuck Taylor
Penulis: Nami Cob Nobbler
Harga : RM20.00 (kalau ada t-shirt membership, ko dapat diskaun 20%)
Penerbit : Lejen Press .
Seriusly aku memang dah lame cari buku nie sebab tak rajin nak updated bace di blog asal. Hehe, tambahan aku dah tak follow blog tu atas beberapa sebab tapi masih nak bace buku nie. AS bro Linglung kata buku nie hot macam pisang goreng panas, aku pun lagi la rasa teruja nak ada satu. Okeh. Sakng dah ade.
So, buku ni memang true story as the author said. Memang cerita cinta betul punye lah, takde tipu-tipu fiksyen macam Ombak Rindu. Hehe. So, i give him credit sebab berani untuk share cerita ni. Memang masyukk la jalan cerita. Dari awal hingga penamat cerita. Seriously, start dari membaca samapia abis, semua perjalanan cerita tu aku leh siap bayangkan lagi watak-watak tu kalo di filem kan. Dan for sure pelakon nye member aku la yang ada karekter se akan sama. So, memang aku menjiwai la sangat.
Ada beberapa watak utama , Hafiz, Mira, Nana. Watak Pembantu ialah si Aiman, Faizal, Fadila, Bella dan lain-lain lagi. lagi sekali seriously, kalau novel ni kembangkan pasal Keluarga si Mira which is Ayah Mira, Mak Mira, Aiman dan Nana cerita ni tetap boleh pergi jauh dan dikembangkan. Kadang-kadang aku lagi suka tengok brotherhood antara Hafiz dengan si Aiman. Giler kentang punye kamceng. Sayang pulak bila dah nak best tu, something happened. Sedey lak kat situ....aisey..
Watak Mira dan Nana pun aku suka. Berbeza karektar barangkali. Tapi aku tau bila dah baca, mesti ramai suka watak Nana. Yup, bila aku baca, aku bayangkan dia macam Nana dalam After School (haha. kantoi minat K.PoP). Mira pun best jugak kalau perhatikan passion dan karekter dia tu. Tapi sayang kenapa dia jadi macam tu..erm, misterius....
Hafiz tu kadang-kadang gambaran watak yang ramai alami. Rasa macam loser, takde awek, tak hot, tapi punye otak yang kadang-kadang geliga cam tahap gaban. Tapi aku tak paham sangat-sangat bila beliau kena tiau dengan awek kaki cukur tue. Weh, serius geramm weh..kalo tau member kau kena cukur poket nye hari-hari.
Faizal pulak watak yang pernah kite jumpe dalam hidup ni. Watak tipikal orang Timur yang ada prinsip sendiri yang nampak baek tapi tak sepenuhnya pun dia ikut. Kadang-kadang nampak dia terlalu strict dan konvensional macam lelaki dulu-dulu. Try to be heroic dan tamak (ada scene ini). Dia juga nampak macam suka jack diri dan claimed orang lain mcam bebal sangat. Tapi last-last dia pun kecundang juga pada pemikiran aku.
Btw, pasal ini cerita benar. Aku bagi 4 bintang. Untuk ketiga kali seriusnya, aku leh hadap buku ni sekali dua jer berbanding novel lain. So, itu menggambarkan betapa setiap lembaran halaman tu memang rasa syok jela nak baca. Hehe. Kadang-kadang ada juga aku terpikir, kenapa la aku tak pernah jumpe mamat ni time dia tengah study dalam zaman tersebut. Hehe. Lagi satu, aku pun terpikir juga mau tulis belajar-belajr tulis puisi..owh..akhirnya aku pikir balik, aku failed bab puitis ni.
Tak banyak yang negatif pasal buku ni dan mungkin Lejen Press boleh abaikan kalo rasa-rasa nak abaikan. Font nampak berterabur, tak justify, font Times New Roman terlalu biasa untuk novel sehebat ni, kalo pakai font lain kan nampak lain dan istimewa sikit. Kulit depan nampak biasa. Mungkin jugak pasal kulit depan ni dah di pakai di blog asal,so penerbit nak kekalkan supaya peminat asal (160k viewers) tak lari dan merajuk. haha. Aku lagi suka kulit depan yang teratur, nampak maksud tersirat di dalam nye.
Haha. takpelah, citer nie memang bagus, tak rugi beli..kalo aku dapat sign si Nami Cob Nobbler ni pun bagus. AKu nak tau jugak karekter Aiman dan Mira lagi macam mana.
p/s: Sedap jer tulis buku kan...apa kate kite tulis buku sendiri lak? Tunggu...
5 ulasan:
buat novel nanti
jgn lupa letak nama saya yer
hahaha
p/s:sedap komen novel org yer...cam pengkritik bebas...haha
haha..name pun pengkritik...hehe
letak name? hehe.nak letak name ape eh? watak leper boleh?
cintaku seorang abe
leh kan tajuk tue
masukkan saya sebagai watak sampingan jer
x mo watak heroin
x best ngan abe
x romantik kut
haha
aku nak jadikan watak bibik tu kt ko. Haha. baru padan kot.
tp upgrade skit la. Ni bibik special dari Denmark punye. Hehehe.
bibik...
bibik pun bibik la...
janji ada watak
bibik dr denmark tu
hahaha...
kelas dowh
haha
Catat Ulasan