Jangan Gesel Sini

Jumaat, 23 Mac 2012

Bukan semua dalam Facebook melalaikan

Salam. Hehe. mood baik. Biasalah lah kan. Tertib, sopan dan ayu. errr..Ayu? Pitam. Ok. Jom story pasal Facebook. Bak kate Najwa Latif, mukabuku. Padehal ramai dah sebut dah...saja nak fofular. kah kah kah. 



Ramai dah ada akaun Facebook. Aku pun ada, tahun 2008 dah ada dah, cuma tak minat nak pakai sebab masa tu tak ramai lagi yang pakai dan sebab lain ialah aku rasa Facebook masa tu mungkin akan hanya jadi demam kura-kura yang panas seketika macam Tagged, My Space , Hi-Five dan jadah-jadah yang lain. erm, termasuk Friendster. Ok, since ramai dah bosan dengan Friendster..member-member pun dah berpaling tadah dengan Facebook. Maka aku mule aktif dengan Facebook. Hanya internet connection menjadi penghalang. Kihkihkih. 


Macam Friendster jugak, aku agak selektif mase tue, add pun kawan yang memang kawan-kawan je. Setakat kenal-kenal tepi warung. Itu amik masa lama. Sebab nya? Ahai..tanye lah Siti Nurhaliza. Biarlah rahsia lah jawabnya...hehe. Thanks dato` tolong jawabkan.


So, lama-lama Facebook memang macam fenomena. Hampir semua orang ada. Kalau dikumpulkan semua pemilik akaun Facebook (termasuk akaun betul, separuh tak betul, betul-betul tak betul nya akaun, fake profile) boleh jadi negara ke 5 teramai di dunia. So, negara tersebut boleh lah diisytiharkan sebagai Facebookingland. Bangsa- Multi-racial. Pekerjaan - Mengadap Laptop dan pc sepanjang hayat. Sumber makanan - Farmville dan segala ville lagi. Ok. di situ lah analogi nya. Gila tak gila manusia ni dengan facebook. Korang think deep-deep la eh. 


Mark Zukerberg juga popular. Kalau tak, beliau tak mungkin di filemkan untuk Filem Social Network. Apesal Friendster punya pemilik tak difilemkan? So, ini bermakna Facebook betul dan sebenar-benarnya betul adalah antara fenomena dunia pada masa itu. Jadi, bila ia menjadi trend, menjadi hot topic maka dengan automatik nya (bukan manual lagi dah!) ia menjadi platform terbaik untuk apa jua perkara sekali pun. Facebook is no longer for adding more friend, get popular, get connected with your schoolmates or what ever but it was such a large media. Masuk lah ekonomi, politik, sukan, community service dan segala jadah-jadah lain. 


Jadi, kadang-kadang nampak Facebook tu sedikit (mungkin banyak) menyerabutkan, tak best, function yang ntah hape-hape, applikasi yang merumitkan dan komplikated. Selain dari iklan-iklan yang tak diingini yang masuk ke wall Facebook anda. Me included! Kadang-kadang rasa annoying bila terlampau komersial sangat. Kan? Jadi..lama kelamaan..ia jadi lemau dan mungkin basi dah. Bak kata Menteri yang sorang tu. Mr tua, berkilat, bijak dan berwarisan itu berkata.

" Lama kelamaan rakyat Malaysia akan beralih dari Twitter dan Facebook ke media lain seperti yang berlaku pada penduduk Eropah yang mula menunjukkan simptom tu kini".


So. mungkin la kot bak kata Pak Menteri. Sebab aku tak bace The Herald. Aku tak bace Washington Post. Aku tak bace BCN Mes, Costa News, CapCreus (Sepanyol), Dordogne, Connexion, Metropole Paris (Perancis). Aku tak baca gak Copenhagen Post, Danish Pioneer, Jylland Posten (Denmark). Ahh..Daily Express,  Guardian, Indipendent, News of The World (England)  pun aku tak bace gak. Aku bace 'Utusang Malayang', Berita Hariang, Hariang Metro, "Kismis", 'The Twinkle Star' dengan 'New Traits Times' jer.

Balik pada citer asal. Lama-lama kita akan slow-slow rasa bosan pada FB. Tak pasti adakah rasa bosan ini berkaitan peningkatan umur. hehe. nanti aku wat study pasal tu eh. So..aku pun just check jela wall fb, balas komen, like sedikit sebanyak. log out! tapi sebelum tu, mata aku tertangkap kat satu imej nie.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
..
.


Well. Nice poster. Thanks to the owner yang buat poster ni. Sejuk sekejap. So, kadang-kadang ada juga yang sejuk dan berbaloi bila surf nie walopun kadang-kadang buat kite terlajak waktu. So, macam mana? nak deactivate ke tidak? hehehe.





p/s: sooner or later the time will come....

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

facebook..
facebook..
facebook..

Unknown berkata...

myspace myspace myspace

Tanpa Nama berkata...

motif nak myspace
org dah lama tinggalkan dah mende tue
dah x ramai pakai dah

ahaksss

ermmmm
dunia sentiasa dalam keadaan yang merobah
tiada yg malar
senantiasa bergerak dan merobah
tiada henti
secara evolusi or revolusi

Unknown berkata...

er...evolusi tu ape? hahahaha.

Tanpa Nama berkata...

gie library
buka kamus
kat ctue panjang lebo
tentang huraian 'evolusi' tu

bg saya
evolusi ialah sejenis 'makanan'
makanan yg perlu dalam dunia nie
yg senantiasa dilanda arus globalisasi
kebejatan kemodenan yg menghakis nilai-nilai kemanusiaan

hakss..
sastera suda

Unknown berkata...

ops..ko dlu amik kos ape nie? haha..sasterawan muda ke?


gulp. leh ganti (baca: bakal) Uzair Zain dengan Fasial Tehrani ni...hihihi.

Tanpa Nama berkata...

cos ape...
ade la...
abe pun tau dah
cume abe x ingat jer saya

masin mulut abe..
saya jadi penulis suda
haksss
amin