Jangan Gesel Sini

Rabu, 23 November 2011

Gambar Aksi Nicol David di Final Hong Kong Open 2011

Enjoy the pictures. Hehe. Aksi seorang super memang susah nak nafi kan. Breatheless!

Selasa, 22 November 2011

Status facebook rakyat Malaysia selepas Final Bola Sepak Sukan SEA

Ole..Ole..Ole..Ole...Kita Juara, Kita lah Juaraaa!!

Tahniah skuad Malaysia. Pasukan Harimau Muda yang sunguh-sungguh mau BENAM kan keegooan pasukan timnas Indonesia. Yeayp, ini memang perlawanan yang ditunggu, walaupun serumpun, musuh tradisi yang ada aura perlawanan tersendiri. Ibarat saling mencabar ego dan maruah.


Nah, malam nie. AMEKAW!! Malaysia menang lagi! Pertahankan emas dua tahun lalu, di depan tuan rumah sendiri, juara keseluruhan yang pandai manipulasi, menjerit melolong penuh provokasi, tapi Malaysia tetap dalam kelas tersendiri.Hehe, sila jangan terasa hati.

Beb, malam ini 28 juta rakyat Malaysia tersayup dada dengan kebanggaan.!! PROUD TO BE MALAYSIAN!


Ini malam, semua status facebook bercerita pasal bola. dari Sebelum sepak mula hingga ke wisel penamat. saat naik Barracuda hingga pulang dengan Air Asia. Semua rakyat Malaysia bercerita (rakyat Indonesia pun bercerita gak..Hehehe, tapi the other stories la..). Kau tak bangga? Aku bangga! Meh kita tengok ragam manusia. Dari facebook pun dah tau jiwa mereka macam mana. Jomm..
















Isnin, 21 November 2011

Ini memang super Nicol


Relaks dulu. wa tau lu tengah gemuruh tambah excited team Harimau Muda jumpe Garuda untuk Final Bola Sepak Sukan SEA esok kan? Nih, wa saja-saja nak tambah lu rasa bangga dengan atlit Malaysia ni. Yup, that our living legend in squash la - Datuk Nicol David.


Datuk Nicol David winning the Hong Kong Open 2011



Congratulation untuk Datuk Nicol David la, untuk Piala Terbuka Hong Kong 2011. Piala yang yang dah macam tertulis nama beliau diatas plak. Bukan kali pertama, bukan kali kedua, bukan juga kali keenam. TAPI KETUJUH dah beb! haha. memang heaven! So, tahniah sekali lagi.

So, enjoy sikit gambar-gambar aksi pertarungan semasa final.



Final kali nie, beliau mengalahkan Raneem el Waleily dari Egypt 11-5, 11-4 dan 11-9 dalam masa 30 minit. Straight set tapi Raneem macam biasa tetap berikan cabaran dalam setiap game! Cuma mungkin beliau dapat kehabisan idea untuk dapatkan mata kerana setiap kali bermain shot, Nicol tetap berjaya mengejar dan memberikan mata demi mata kepada Nicol.


p/s: Sedikit sedih kerana media kurang memberikan banyak berita tentang skuasy, selalunya bila dah masuk final, atau menang, baru lah ade berita. Contohnya, Terbuka Dunia awal November lalu, tak banyak berita pasal kejohanan itu. Pelik sungguh, Nicol tu dah tahap legend, walaupun dah masuk Hall of Fame Skuasy dunia pun, tak banyak berita pasal beliau.Huu, penat wa belek-belek surat khabar melayu cari berita pasal Nicol, takde juga. Hampeh. Naseb ada fesbuk dan internet.


photo credit to squashstars.comwww.squashstars.com


Ahad, 20 November 2011

Info Kelayakan Olimpik : Malaysia Vs Syria

Ini info tentang Pusingan Kelayakan Olimpik : Malaysia VS Syrian




Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil

Tarikh : 23 November 2011

Masa : 8.45 malam

Harga Tiket : RM 40 (grandstand), RM20 (dewasa) , RM5 (kanak-kanak).



p/s : Perlawanan antara Malaysia dan Bahrain pada 27hd akan di maklumkan nanti.

Sabtu, 19 November 2011

Tolong untuk menolong

Ini pasal kisah tolong atau makna lainnya: bantu. Ingat senang-senang ke nak tolong orang, kalau takde niat lain, tolong dengan ikhlas tu bukan semua boleh buat. Eh, ingat main-main ker? Susah tau tak mau tolong iklhlas. Itu sebab orang yang suka menolong ni ramai yang suke, hehe. tapi tolong orang tipu orang tak termasuk lah. Pandai!!




Ingat lagi dari dulu sampai sekarang. Paham-paham jelah awak ni jenis takde kerja, jenis akaun bank yang selalu je nampak angka menurun, jarang-jarang menaik kecuali awal-awal semester, jenis takda harta dunia macam kereta, rumah, banglo sebijik, kondo selain moto sebijik (tu pun atas ihsan lagi simpati dan sayang mak bapak)..harta akhirat apetah lagi. sezarah pun takder! So, kira nak tolong-tolong orang bagi senang tu, susah lah amat. Kecuali time tu aku insaf giler lagi zuhud. Tak tau ape tu zuhud, sila google.


So, bila pikir takde ape-ape, niat nak tolong menyenangkan tu rase jadi terkilan, terkilan tu kadang-kadang masuk sekali rase sedih, sikit-sikit rase kecewa, kemudian, rasa sedih tu kalo silap handle, buleh convert sampai kamu jadi down dan depresss, terus rase depress yang lama. TAPI!! kalau pandai handle kecewa dan sedih tu dengan baik, boleh tukar kepada motivasi, motivasi pula perlahan-lahan  buat lu terus nak usaha untuk berjaya (walaupun ambil masa) untuk tolong orang yang kamu kesian atau nak tolong tadi atau mungkin juga orang yang senasib.


So, kesimpulannya..kadang-kadang rasa terkilan tu ada bila tak leh nak buat apa-apa. Kesian memng kesian, jadi untuk ringan beban orang lain. aku decide tolong diri sendiri aku dulu supaya tak beban kan orang laen. Aiseh. memang susah sebab aku nampak dependent. So..masih terus usaha la ni.