Jangan Gesel Sini

Sabtu, 19 November 2011

Tolong untuk menolong

Ini pasal kisah tolong atau makna lainnya: bantu. Ingat senang-senang ke nak tolong orang, kalau takde niat lain, tolong dengan ikhlas tu bukan semua boleh buat. Eh, ingat main-main ker? Susah tau tak mau tolong iklhlas. Itu sebab orang yang suka menolong ni ramai yang suke, hehe. tapi tolong orang tipu orang tak termasuk lah. Pandai!!




Ingat lagi dari dulu sampai sekarang. Paham-paham jelah awak ni jenis takde kerja, jenis akaun bank yang selalu je nampak angka menurun, jarang-jarang menaik kecuali awal-awal semester, jenis takda harta dunia macam kereta, rumah, banglo sebijik, kondo selain moto sebijik (tu pun atas ihsan lagi simpati dan sayang mak bapak)..harta akhirat apetah lagi. sezarah pun takder! So, kira nak tolong-tolong orang bagi senang tu, susah lah amat. Kecuali time tu aku insaf giler lagi zuhud. Tak tau ape tu zuhud, sila google.


So, bila pikir takde ape-ape, niat nak tolong menyenangkan tu rase jadi terkilan, terkilan tu kadang-kadang masuk sekali rase sedih, sikit-sikit rase kecewa, kemudian, rasa sedih tu kalo silap handle, buleh convert sampai kamu jadi down dan depresss, terus rase depress yang lama. TAPI!! kalau pandai handle kecewa dan sedih tu dengan baik, boleh tukar kepada motivasi, motivasi pula perlahan-lahan  buat lu terus nak usaha untuk berjaya (walaupun ambil masa) untuk tolong orang yang kamu kesian atau nak tolong tadi atau mungkin juga orang yang senasib.


So, kesimpulannya..kadang-kadang rasa terkilan tu ada bila tak leh nak buat apa-apa. Kesian memng kesian, jadi untuk ringan beban orang lain. aku decide tolong diri sendiri aku dulu supaya tak beban kan orang laen. Aiseh. memang susah sebab aku nampak dependent. So..masih terus usaha la ni.


Tiada ulasan: