Jangan Gesel Sini

Jumaat, 23 Mac 2012

Bukan semua dalam Facebook melalaikan

Salam. Hehe. mood baik. Biasalah lah kan. Tertib, sopan dan ayu. errr..Ayu? Pitam. Ok. Jom story pasal Facebook. Bak kate Najwa Latif, mukabuku. Padehal ramai dah sebut dah...saja nak fofular. kah kah kah. 



Ramai dah ada akaun Facebook. Aku pun ada, tahun 2008 dah ada dah, cuma tak minat nak pakai sebab masa tu tak ramai lagi yang pakai dan sebab lain ialah aku rasa Facebook masa tu mungkin akan hanya jadi demam kura-kura yang panas seketika macam Tagged, My Space , Hi-Five dan jadah-jadah yang lain. erm, termasuk Friendster. Ok, since ramai dah bosan dengan Friendster..member-member pun dah berpaling tadah dengan Facebook. Maka aku mule aktif dengan Facebook. Hanya internet connection menjadi penghalang. Kihkihkih. 


Macam Friendster jugak, aku agak selektif mase tue, add pun kawan yang memang kawan-kawan je. Setakat kenal-kenal tepi warung. Itu amik masa lama. Sebab nya? Ahai..tanye lah Siti Nurhaliza. Biarlah rahsia lah jawabnya...hehe. Thanks dato` tolong jawabkan.


So, lama-lama Facebook memang macam fenomena. Hampir semua orang ada. Kalau dikumpulkan semua pemilik akaun Facebook (termasuk akaun betul, separuh tak betul, betul-betul tak betul nya akaun, fake profile) boleh jadi negara ke 5 teramai di dunia. So, negara tersebut boleh lah diisytiharkan sebagai Facebookingland. Bangsa- Multi-racial. Pekerjaan - Mengadap Laptop dan pc sepanjang hayat. Sumber makanan - Farmville dan segala ville lagi. Ok. di situ lah analogi nya. Gila tak gila manusia ni dengan facebook. Korang think deep-deep la eh. 


Mark Zukerberg juga popular. Kalau tak, beliau tak mungkin di filemkan untuk Filem Social Network. Apesal Friendster punya pemilik tak difilemkan? So, ini bermakna Facebook betul dan sebenar-benarnya betul adalah antara fenomena dunia pada masa itu. Jadi, bila ia menjadi trend, menjadi hot topic maka dengan automatik nya (bukan manual lagi dah!) ia menjadi platform terbaik untuk apa jua perkara sekali pun. Facebook is no longer for adding more friend, get popular, get connected with your schoolmates or what ever but it was such a large media. Masuk lah ekonomi, politik, sukan, community service dan segala jadah-jadah lain. 


Jadi, kadang-kadang nampak Facebook tu sedikit (mungkin banyak) menyerabutkan, tak best, function yang ntah hape-hape, applikasi yang merumitkan dan komplikated. Selain dari iklan-iklan yang tak diingini yang masuk ke wall Facebook anda. Me included! Kadang-kadang rasa annoying bila terlampau komersial sangat. Kan? Jadi..lama kelamaan..ia jadi lemau dan mungkin basi dah. Bak kata Menteri yang sorang tu. Mr tua, berkilat, bijak dan berwarisan itu berkata.

" Lama kelamaan rakyat Malaysia akan beralih dari Twitter dan Facebook ke media lain seperti yang berlaku pada penduduk Eropah yang mula menunjukkan simptom tu kini".


So. mungkin la kot bak kata Pak Menteri. Sebab aku tak bace The Herald. Aku tak bace Washington Post. Aku tak bace BCN Mes, Costa News, CapCreus (Sepanyol), Dordogne, Connexion, Metropole Paris (Perancis). Aku tak baca gak Copenhagen Post, Danish Pioneer, Jylland Posten (Denmark). Ahh..Daily Express,  Guardian, Indipendent, News of The World (England)  pun aku tak bace gak. Aku bace 'Utusang Malayang', Berita Hariang, Hariang Metro, "Kismis", 'The Twinkle Star' dengan 'New Traits Times' jer.

Balik pada citer asal. Lama-lama kita akan slow-slow rasa bosan pada FB. Tak pasti adakah rasa bosan ini berkaitan peningkatan umur. hehe. nanti aku wat study pasal tu eh. So..aku pun just check jela wall fb, balas komen, like sedikit sebanyak. log out! tapi sebelum tu, mata aku tertangkap kat satu imej nie.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
..
.


Well. Nice poster. Thanks to the owner yang buat poster ni. Sejuk sekejap. So, kadang-kadang ada juga yang sejuk dan berbaloi bila surf nie walopun kadang-kadang buat kite terlajak waktu. So, macam mana? nak deactivate ke tidak? hehehe.





p/s: sooner or later the time will come....

Khamis, 22 Mac 2012

Brunei lebih takut dari Malaysia?


Okeh. Ini cerita pasal takut. Takut pada ape, tak sempat lagi nak siasat. Lagi satu hal, ini pasal negara punya takut. Buka jenis-jenis takut untuk manusia punya. eh, korang jangan takut baca eh. Wat-wat derk jer.Ini hal  Fobia kah, trauma kah. Aku takde idea. eh, Brunei nie takut ape eh? Takut tak cukup makan? Politik tak stabil? Rakyat suka main demo-demo tengah jalan raya? atau pasal minyak dah abis sampai tinggal 1 tong jer? Ahh. Pelik.


Brunei kan negara kaya. Kaya minyak, kaya petroleum. Selagi ada hasil bumi, selagi tu lah rakyat nya gerenti takkan kebulur. Silap-silap, bagi rakyatnya makan 10 keturunan pun tak habis. So, ape yang takut sangat nih? err..Pelik? Eh, ke Brunei takut sangat dengan Amerika Syarikat?  ke dengan Israel Laknatullah tu? eh takut sangatkah? Malaysia yang besar sikit pun tak rasa ape pun. Singapore yang tak nampak dalam peta dunia tu pun, langsung tak kecut telur dengan Amerika. eh, kenapa eh. Pelik.pelik. kena study la sikit nih...






Ok. Jom duduk. Minum kopi dulu. Ape sebab Brunei kecut sangat ni?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



p/s: Kerajaan Malaysia handal. Tak yah 'takut' sangat kot.

Kebakaran yang tak disangka-sangka di UKM

Elo. maaf. Ini sudah pagi. Tapi insident ini betul-betul serius katak. Saat orang sudah masuk fasa mimpi kering, walopon ada yang masih melepak-lepak di tengah malam ada saja yang mengganggu. Erm, milo panas tadi aku dah habis hirup, Lawak Ke Derr aku baru selesai khatam..perlahan-lahan mengengsot ke meja studi sebab teringat niat petang tadi mau siapkan keje.



Adus, dah la sem ini sem kritikal. Walopon tak nampak pun aku macam kritikal, Hehe. sawan jap. Tiba-tiba baru jer nak buka emel..loceng gergasi tu tetiba memekik. Ah, siau..bingit semacam. Kali ni bukan aras aku jer..satu blok semua loceng memekak macam haram. Kalo ko pekak, mungkin lu boleh tido dengan nyenyak kot. Ces, aku tahan 30 minit jer duk dalam bilik. Bunyi loceng tu macam bunyi orang histeria lak, bingit dan tak tahu nak berenti. 



Ok. lama-lama aku tunggu, tak senyap jugak loceng tu. Ahh, siau. Memang la bingit. Aku tengok budak-budak kolej dah berderu kuar bilik, ada ke laman blok, ada yang pikap motor terus kuar entah kemana. Tapi hari ni punye ribut lain macam. Semua keluar. Baek yang pakai kain pelikat, berboxer, berseluar track semua ada. Entah ape yg kalut, aku tak tau. Nak bajet latihan kebakaran takkan malam-malam camni la..LAst-last dari jauh aku nampak lampu ambulan dah nenong-nenong. Ces, kaget. Aku tinjau dari jauh nampak ada budak berkumpul area kereta parking. AIk, rase tak sedap hati plak. Ada kes gaduh ke? Kes kereta terbakar ke? Macam ada silau-silau warna oren jer. Ke ada keta terbakar? Ah. kaget.


Aduii..penat la la nk tulis. Aku sambung esok..

Most favourite videos in YouTube for education

Ini Randy Pausch. Bekas Pensyarah di Carnegie-Mellon University. Pensyarah bidang fizik kalau tak silap. Mula kenal masa tahun 2008. Ya, kenal dari buku beliau yang amat terkenal - The Last Lecture. Dan tanpa disangka-sangka, ucapan terakhir beliau di CMU itu yang sememangnya ucapan yang benar-benar terakhir beliau ucapkan di situ, dan dizahirkan dalam buku tersebut, dapat rating yang baik di You Tube. Kalau yang membaca bukunya saja sudah cukup terinspirasi, bagaimana pulak yang mendengar sendiri?




Nah. benda baik akan terus baik, benda harum akan tetap harum. Tak sangka lak aku, video ucapan Randy Pausch ini jadi favourite ramai orang. So, malas nak citer panjang. Jom, duduk, dengar baek-baek. Ini bukan kuliah fizik yang isinya berat. Ini bendanya ringan  tapi dekat sangat dengan kita. Fikir jela...



Selasa, 20 Mac 2012

Napa tiba-tiba minat lagu nie?

Pergh. Aku tak paham. Tiba-tiba melodi lagu ni cepat sangat aku tangkap. Lirik dia pi mana tah. Aku tak tau. Tak banyak lagu dari band Indonesia yang aku minat. Keluarlah apa band pun, kalo takda ala-ala Sheila On 7, takda ala-ala Peter Porn..eh..Peter Pan. Aku jarang-jarang nak tekan butang "LikeKer?". 


So, nak buat-buat cerita. Kalau ko buka sesetengah blog kan, ada yang pasang background music, selalunya blog camtu memang tak lama la aku bukak, pasal sesetengah nya terlalu bingit, kacau konsentrasi aku nak baca, dan kadang-kadang lagu nya tak sedap. So, within 5 minutes. I will go to the X button. Nah, sonang cito...


Tetiba, ku buka blog nie, content nye pun sederhana jer, tapi aku perasan lagu tu wat aku rasa nak stay lagi lama. Aku tak tau lagu sape, tapi sah-sah bukan dari Malaysia. Ahh, ni mesti dari Indon nie. Wat derk jer aku time tuh. 


So, lepas lama boring-boring kat bilik. Lepak jap, aku try degar sekali..hehe. sodap pulak. So, malas nak explain lebey-lebey dan nanti korang kata aku jiwang karat pulak. Jom layan je. Chow...