Jangan Gesel Sini

Jumaat, 21 Oktober 2011

Tempat terbaik untuk berfikir - edisi murah dan sempoi

Beb. dunia ni memang tak adil. tapi sekurang-kurangnya, walapon syurga tu tempat terbaik, terindah, teristimewa sampai susah nk decribe. Tuhan masih cipta Bumi ini indah untuk sapa-sapa yang berfikir. Beb, tak ramai tau fikir dan tak ramai juga yang boleh fikir. Sementelah orang kaya sanggup melabur duit beribu-ribu dolar untuk mencari tenang dan damai. Kita yang miskin ni mau atau tak, tengok saja lah foto-foto liburan orang di dinding fesbuk. Pergi Korea lah, pergi Bandung lah, pergu Universal Studios lah. Kita nie, Menara Taming Sari sekangkang kera pun tak mpai lagi. Dalam Negeri sendiri lak tu. So, mau tak mau. rumah jugak lak tempat kita mau tenangkan diri, cari idea, selesaikan masalah. Beb, kalo tahu tips nie..jangan lupe share dengan orang lain okeh. kite tak mampu labur duit untuk, tenangkan diri kt syurga dunia, tapi dengan tips ini, sekurang-kurangnya kita mampu cipta syurga kite sendiri. Bace jelah..




1.Pantai
Kalo duk terengganu tu cukuplah der..pantai sepanjang-sepanjang negeri. Kesian orang Kl, Pantai dalam jer ade dik. Depa dok siap abis ratus ringgit lagi nak cari pantai, sampai desperate buat ombak sendiri, pantai sendiri. Kau duduk tepi pantai pun tak mau bersyukur. Itu kos murah je dik, duk tepi pantai, tengok laut, tengok alam. Kos nak keluar? satu sen pun takde. Muzikal alam lagi dik, free jer. Duduk la, amik masa. fikir dalam-dalam. Pantai mana nak pergi? kang aku suh pegi Mauritius, lu nangis nak kumpul duit t. 





2. Train/Keretapi/Komuter etc.
Dik. Pernah naik komuter? LRT? Monorel? Kereta api?. Ini memang sempoi dik. wa pernah pikir dulu mau vacation cara ini. Backpacker ala-ala Destinasi Bajet. Kos dia de la skit. Eh, dik..wa tak suruh lu naik keretapi dari Bukit Kayu Hitam sampai Woodland semata-mata nak relaks, dak pikir pasal masalah matematik moden ko tu. Amik yg dekat-dekat sudah lah. Ko beratur, beli tiket, baik tren. Ko masuk. Ko tengok la perangai manusia sorang-sorang dik. Tak yah tunggu Cerekarama, dalam tren pun ko dah nampak drama manusia dik. Macam-macam. Kalo ko tak fikir, tak amik iktibar. Lu rugi beb. Serius rugi!


3. Taman
Beb, bila cakap ayat " Dalam hati ada taman" sure lu paham kan? Beb. sah-sah la maksudnya taman tu tempat yg relaks (sepatutnya), sempoi. So, tempat sesuai la lu nak jiwang-jiwang, nak refleksi diri ko, dak amik mase kenal diri ko. Dik, kalo duk taman perumahan, wa rase ade jer taman rekreasi ni. Kalo lu kaya skit, pergi la taman rekreasi yang ok skit. tapi dalam ni, lu just spend tak sampai satu hari pun, mase pun sekejap, kos pun hampir takde. So, takyah la bazir sgt. yang penting lu tau ape lu nak.


4. Atap Rumah
Hehe. Memori zaman kecik-kecik. Tapi aku rase rumah di Malaysia nie tak sesuai sanngat la. Pasal atapnye muncung, senget, kalo baring sure tergolek-golek sampai bawah. jatuh macam nangkak busuk. Aku suke tempat macam ni. walopon tak jauh even kt umah sendiri jer tapi bila lu dah naik, lain view dia. Best la sebab ko nampak bahagian-bahagian umah ko yang ko dari sudut lain.. Pastu kt atap ni adalah tempat yang tak glamer dikalangan org tua. So, kalo lu malas nk dengar diorang bebel, lu lepak jer kt sini, sambil2 bace komik, makan Dendang, tak pun main keta Dash Yankuro. Haha.Heaven.




5. Bilik Air.
Yup.aku suka bilik air. Tau nape. kat bilik air takde lagu, takde radio. Ko hanya dengar air mencurah dari lubang shower. Aku tak pasti nape, tapi time mandi lah, sambil biarkan air shower mencurah-curah macam air Gunung Stong, wa rase otak gua terus feeling wave alpha. Aktif, produktif dan segala tif-tif yang wat otak wa ligat gila pikir semacam. serius, selain time semayang, time mandi ialah time terbaik untuk generate idea. Kah3.So, kalo wa mandi lame tu..wa tengah banyak pikirlah.Ekeke.jangan otak kuning. wa paham sangat da otak lu. Cess..





6. Kedai Kopi.
Beb. Mesti ko nak cakap StarBuck dari Amerika kan? Dush! kan ade banyak kedai kopi. Cube lu layan kedai kopi kt kampung-kampung. Kadang-kadang best juga. Ko tengok kedai ramai orang, mesti da yang best kat situ. Mungkin pasal member sekampung kot, member sekepala dengan kite, itu sebab orang laki suka lepak jer dekat  kedai kopi. Mase wa kecik-kecik dulu, wa follow ayah wa g kedai kopi. tapi wa mintak teh tarik je. Ramai gila hazab time tuh. Sanggup depa duk ramai-ramai, layan mee goreng basah yang panas-panas, kopi pastu tengook gusti time Hulk Hogan. haha.semangat sungguh time tu walopun just layan jer video gusti versi tape VHS. Pastu, bila hujan lebat, kilat memancau-mancau, guruh pun dah macam ape dah.terus tokey tutup. takut kena petir. Sume buat bunyi "alaaaa..." serentak. haha.wa gelak je.





7. Airport
Haha.Untuk ini wa terpaksa refer pada Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan. Meriah dowh tiap-tiap petang. mase wa mule-mule sampai, wa pun pelik dan tertanye-tanye ade festival ape lak kat areas ini. Sekali member wa bitau, orang kelantan (bace orang Pengkalan Chepa atau kawasan sekitar) yang suke duk lepak situ. Start dari petang, smpi malam. Ade jer orang lepak. Tengok tu beb, xsemestinya lu nak tengok kapal terbang lu kena jadi kaya sampai kena book tiket pergi fly. Lu duk tepi pagar je. Best gak aper!! Hehehe.

Tiada ulasan: