salam...
mengisi hari2 sebagai aset negara bukanlah sesuatu yg mudah sebenarnya...bukan maksudnya kita perlu terkenal dan glamor untuk mengisi jawatan di atas tetapi sedar atau tidak..semua manusia yg dilahirkan di bumi bertuah ini seharusnya bersedia melindungi bumi yg berdaulat ini..
Tanggungjawab melindungi dan mempertahankan dari segala virus2 liar seharusnya ditanamkan dalam jiwa merdeka rakyat-rakyat nye..bukan nye menurut perintah tak tentu hala tetapi mentaati segala yg benar lg haq...
Dikala segenap pelusuk manusia berpusu2 dan berderu2 mengejar ilmu..meningkatkan kemahiran...rakyat kita terhenti `seketika` meneliti arena hiburan.kadang2 diusik sedikit dengan kegopohan sang panglipur lara,dalang2 tabir politik...
Erm...pelik2..pernah terbaca dalam kajian yg dilakukan oleh sebuah badan bebas tentang ke`ghairah`an siswa-siswi negara2 terpilih didunia mentelaah dan membaca buku-buku (maksudnya banyak buku la kan)berkaitan pengajian sepanjang 3-4 tahuan pengajian mereka.Dalam banyak2 tue..sangat jelas negara2 Barat selesa mendahului dengan beratus2 judul..mahasiswa Australia dengan selamber nye menghabiskan 180 judul buku sepanjang pengajian mereka...Huh,betapa kadang2 aku pun terasa jeles yg amat..Nah..dan mahasiswa Malaysia juga sangat selesa mendahului...mungkin juga terlampau selesa...dengan jumlah 6 (E.N.A.M) buah buku sahaja sepanjang mereka bergelar `MAHASISWA`...Ya Allah..itu benar2 menunjukkan..betapa budaya membaca sangat-sangat ketinggalan dikalangan rakyat MAlaysia...jauh ditinggalkan oleh hobi `ber SMS` yang jadi amalan sejak AFUNDI diperkenalkan..bukan itu sahaja..MAlaysia yang berimpi-impikan gelaran negara MAJU menjelang 2020 juga jelas tidak terlarat mengejar jiran serumpum yg pernah kita pandang sebelah mata rakyatnya. Mungkin anak2 Indonesia faham dan sedar sangat kepayahan yg mereka lalui..kebobrokan sebahagian kepimpinan kerajaan mereka yg sayang bangat dengat korupsi... lantas menonjolkan diri dengan pencarian ilmu yg tiada sudah...Mungkin 90 buah buku tidak lah sebesar mana berbanding kegigihan mahasiswa negara BArat mahupun Oceania...tetapi itu sudah membuktikan kemiskinan bukanlah halangan utama untuk mempertingkatkan maruah diri.agama dan bangsa.
MUngkin secara fizikalnya mereka berasakan maruah mereka boleh dijentik2 tetapi hakikatnya...terlalu ramai yg bersemangat membawa maruah negara di atas kasta tersendiri.Boleh jadi kajian itu tidak terlalu baek..mungkin ada kelemahannya..mungkin ada cacat cela yg xnampak dengan mata kasar..namun itu cukup memercikkan nada2 ego yg selama ini melapisi diri kita..menyedarkan kita dari terus hanyut mainan tok karut Barat...
Maka..dengan..wajarlah kita menyelami kata-kata dan nasihat prof ulung yg hidup di bumi Malaysia..Prof Diraja Ungku Aziz yang berkata;
`Empat aspek yang penting dalam mencapai kejayaan ialah diet dan pemakanan yang sihat, alat atau cara untuk membangunkan pemikiran, pelbagai strategi mencapai kejayaan dan kepimpinan`.
` Beliau berkata, empat aspek ini terkandung dalam sembilan karya tersohor antarabangsa termasuk yang dihasilkan pada 1532 dan sudah dibacanya berulangkali.
Antara buku-buku yang dicadangkan sebagai bacaan wajib generasi muda ini adalah termasuk ` Fit for life not fat for life` hasil karya Harvey Diamond (2003), Thinking Course, Edward De Bono (1982), `The Mind Map Book` (Tony Buzan-1993), `Head First`, (Tony Buzan-2000), The 36 Strategies of The Chinese:Adapting An Ancient Chinese Wisdom to the Bussines World`(Wee Chou Hou&Lan Luh Luh-1988).Ada masih banyak lagi buku2 yang mampu memberikan kita idea bagaimana kehidupan ini seharusnya berlangsung dan ia semuanya bermula dengan diri KITA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan