Jangan Gesel Sini

Selasa, 3 April 2012

Tangguh




Huhu. tak ingat bila last update. Yup, aku tak banyak cerita tapi rasa gian mahu taip laju laju. Itu sebab mau tulis je berjela-jela. Nah. sebelum bepergian, kisah study di UK jadi peneman. Ermm..ibarat minum kopi tanpa biskut kering. Serupa takde  Umphhh! dalam entri tu. Aku tau. 



Sebenarnya dalam kepala ada banyak benda mau kongsi, mau cerita. Tapi kadang-kadang itulah, ada sedikit gusar-gusar dalam hati buat rasa teragak-agak mau coret. Silap-silap hari bulan, coret nanti jadi carut orang lak. Haish..tu aku tak mahu tu. Itu lah pasal..itu lah pasal...(sila ulang 15 kali).



Minggu lepas atau lebih dua minggu lepas aku sempat bertanya khabar dengan member lama. Yup, beliau pun kadang-kadang sempat juga ke sini. menjengah entri-entri separa sedar ni. Dalam borak-borak, dia ingatkan aku. Banyak atau ada lah dalam 2-3 entri yang tak habis cerita. Macam kes sekolah, kes masuk hospital, kes interview dan terbaru kes UKM terbakar kebaboo..ok. haha. Kesian beliau. Kot-kot la beliau menunggu..kadang-kadang mood aku menulis boleh berlalu begitu jer..ibarat kentut yang disapu angin. dan kalo datang 'hantu dia'..aku leh buat entri berjela-jela dan macam-macam jenis. Kalo takde mood, maka adelah gambar wat penerang keadaan. 



So, kena la tunggu :hantu tu datang...


p/s: Nafsu tulis fiksyen lagi tinggi dari tulis tesis. Camne nieh? Ya Allah, beri la den kekuatan..

K O S O N G




p/s:  sesetengah benda kadang-kadang buat aku rasa ralat mau update dalam blog atau fb. Ya. memang sikit palat rasanya!


Khamis, 29 Mac 2012

Peluang terbaik lepasan SPM ke UK


Hye beb. Mesti masing-masing teruja lepas dapat result SPM. Aku pun teruja gak tapi itu 10 tahun lepas. Teruja nak naek lawat sekolah lama jer, nak amik result tu tak dela teruja sangat.




Tapi apa pun. Untuk yang otak gila babeng genius sampai-semua-ko-leh-hafal tu. Tahniah la bro. Bukan senang nak dapat straight A+. Dulu orang main Pangkat 1, bila dah ramai sampai satu sekolah dapat pakat 1 ( ada lah nama sekolah tu..hehe.rahsia)..dia pakai sijil terbuka lak, score paling banyak 1A..dah ramai-ramai score A+..dia tukar lak ke skema sekarang yang dah macam ala-ala gred CGPA. Ahh, pasni aku tak tau lak ape dia nak pakai.


Hehe. I know la..you mesti idam nak medic punye kan? tak sabar nak pakai kot putih dgn stateskop tu kan? Tak pun giler hangat nak apply engineering kan. Account la, Farmasi la..Sains Aktuari la, biotech la..so..sila la mimpi sekarang. 



Paling tak leh blah mest suma dok idam nak pegi Europe kan? Aku pun sama. So, ini lah peluang nya. Selain dari tawaran biasiswa dari GLC macam Khazanah Nasional, Petronas, Bank Negara, JPA dan lain-lain lagi. Korang kena maklum sendiri universiti yang korang nak pergi nanti.

Macam universiti nie. Agak tersohor jugak. Jadi, depa dah sedia bagi info..pergi lah terjah. Rugi kalo tak try amik tahu..Ini lah peluang. Kalo tak mau..jadi la korang join kami-kami ni kat IPTA jer..Eh, gempak gak per IPTA ni. haha.






p/s: Nak try sambung oversea..tapi tak macam tak cukup credit. Haish...

Pemimpin Kita VS Pemimpin Orang Lain (bahagian 1)

Tak banyak yang boleh aku ulas. Mari sama-sama cari. Permainan ini namanya - spot the difference(s)..kalau ada. Jom..





p/s: maaf kalau permainan ini terlalu susah untuk diterima. Aku pun kena belajar lagi..tapi itulah hakikatnya...
 (takutnya jadi pemimpin)

Selasa, 27 Mac 2012

Penakut


Yuna: Penakut


Tak semua kau rancang akan berlaku

Mungkin nasib tak menyebelahi aku

Entah mengapa engkau yang aku cinta

Mungkin lebih baik kau ku lepas saja




Ini tidak adil tidak adil baginya

Ini tidak adil tidak adil bagiku

Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan



Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku


p/s: orang penakut tak masuk sini