Jangan Gesel Sini

Selasa, 20 Mac 2012

Mid-Term Exam ku yang suam-suam kuku

Ngeh. last Friday baru daftar subjek. Ini hari sudah mid-term. Apekah?

Ya. Itu la nasib nama nye tuan-tuan. Untung sabut timbul. Untung besar kite pergi Joli eh. Hahaha. Okeh, tak lawak.Lupekan..




Semalam dengan main paksa-paksa dengan mata nie, suruh tido awal semata-mata membolehkan aku bangun awal ternyata sedikit berjaya walopon hampir-hampir kantoi jugak. Yup, berjaya dengan mengorbankan sesi breakfast aku. Ceh..lapo perut aku nih.




Masuk kelas, sedikit terpinga-pinga. Orang dalam kelas pun sedikit terpinga-pinga, lihat aku macam orang asing masuk kelas tu. Ahh, pedulik ape, janji aku masuk kelas yang betul. Duduk, buka nota sikit-sikit. Pastu tak paham. Tutup nota. Kelas makin penuh, student semua dah masuk, sume belek nota, belek buku..aku jer belek orang. Tak tau nak study ape, buka buku pun nota selambak macam nota sejarah Form 5. Penuh ayat berjela-jela. Harap last minit study aku last week ada hasil yang membanggakan. Bangga tu dalam erti kata, kertas jawapan tak akan kosong saje lah. hehe. Lu paham sendiri ek.


Nah. Lecturer kesayangan sudah masuk. Sayang tak sayang, di tangan beliau ada kertas soalan mid-term. Ok, sure. Wa mati kutu pasnih. Ape lah den nak jawab. Haish...tak mati kutu, wa mati benda lain. Tiba-tiba member wa tolong introduce kan wa kat Lecturer kesayangan.

" Prof..dia nie baru masuk!" member aku tiba-tiba baek tolong introducekan. Aku sengih kerang. 

"Eh, boleh daftar lagi ek?" Prof. jawab selamber. 

"Boleh lagi, saya daftar Jumaat lepas". Simple dan sopan. Ah..sopan la sangat. 

"Hehe. Prof gelak. Gelak untuk ape tak tau.

"Erm, takpelah, nak tak nak kena amik juga la, mid-term ni". Simple giler prof ni. simple tapi dangerous. Hehe. Nanti aku share nape dangerous. 


Aku sengih kerang bakar pulak. Member aku pun sama. Cubaan untuk tunda mid-term tidak berjaya. So, last   weapon - taram jadah masa mid-term ni. Note untuk adik-adik luar sana- Jangan taram jadah tanpa skill yang betul walopon my skill pun takdelah power sangat. Neway, i still survive till this level. 


Prof dok explain panjang lebau..eh lebar..masa nya sejam. Dua soalan. Bahase Inggeris ye pak cik mak cik. Me think very deep to ask which question. Then, jawab yang mana tau dulu with confident. ya, confident adalah yakin.


Well, tiba-tiba tak berasa selesa dengan pen yang digunakan adalah simptom biasa untuk unprepared student. Sengal. Tiba-tiba rase pen yang aku pakai ni, tak sedap, tak lancar dakwat nye. Sampai terbantut nawaitu somaigadin nak tulis jawapan. Aku teruskan jugak. Pandang depan, prof tengah dok pandang aku. Terbantut jiwa nak tengok member lain jawab macam mana. Mungkin depa pun kusyuk gak. Homaigod!


Abis lenguh-lenguh menjawab. Aku rasa punca aku camni pasal aku dah jarang menulis. Aku cume banyak menaip kat laptop. Itu punca nya. See? Mana ada nak tulis kat blog kena buat draf basa-basi kat paper dulu, pakai pen kan. Mesti terus je tulis kat blogspot korang kan. Ya..that the weakness yang aku nampak. 


Soalan yang pertama jawab nampak macam rase paham. Err..maksud nye rase macam leh goreng la. So, siap. Masuk ke soalan pilihan kedua, aku rase tak yakin lak. Baca betul-betul. ermm. Tak paham, dan tak rase banyak isi nak goreng. Aku padam, aku alih buat soalan lain. Haish. Lantak la, ikut perspektif ekonomi pun boleh la, janji ada kaitan. ade karut-karut sikit. err...Cost-Benefit Analysis kan ada dalam ekonomi kan? ke adalah dalam filosofi jer? 


Pandang kat Prof. Macam takde. yeah. rase nak bersorak, leh la rilek-rilek kan tengkuk dan tangan yang lenguh ni. Baru nak rilek-rilek, terperasan Prof dibalik komputer. Ahhhh...ces! tak jadik. Tukar plan. kena pakai mood student cemerlang balik. Tekun tengok kertas jawapan  walopun tak tau nak jawab apa. Mati la. 


Ok. Aku ngaku, aku dah stop jawab soalan (rasa macam dah abis jawab) dan mase ada lagi 30 minit. Serius, sebagai orang baru kelas tu, tu tak patut jadi. Patut kena wat blur-blur, wat tension dan lain-lain lagi. Homaigod. Mintak-mintak Prof bagi aku clean 20 marks. Haha. Takdelah, aku taram je jawab. Kalo lulus pun okai.



Akhirnya. Masa dah time! Ya. Sekali ulang. MASA DAH TIME! Prof dah bangun..amik kertas jawapan. Then sambil-sambil tu cakap.


"Sebenarnya jawab soalan tu simple jer..kan? Ni tengok jawab sume banyak-banyak la ayat dia, sampai penuh kertas. Saya tengok Helmi lagi la, masuk-masuk kelas jer terus exam. Kan? Haha. Prof gelak. Saje kasi suasana tak stress dengan ketidakmampuan jawab exam tadi. Aku sengih kerang lagi, lagi dan lagi..


Pastu, Prof explain tugasan. Kasi dateline then remind me again about the task. Thanks prof. remembering my name in a short time is quite impressive. Tapi wa tau, jangan main-main dengan lu punya kindness.  I know that. K guy. Cheers..



p/s: Hopefully this semester will be the last, and can graduated on time. 





Isnin, 19 Mac 2012

Review Buku l Awek Chuck Taylor memang terbaek!

Peminat K-POP kata Daebak. Peminat Punk kate...err..entah. Aku tak survey lagi. Nah, ini la hasil dari melejen buku di Keris Mas aritu. Tiga buku, selai t-shirt kat Lejen Press. Lejen tak lejen, abis jugak la beberapa not 10 dalam wallet aku. Kering.


Nah, jom me review novel tulisan Nami  Cob Nobbler ni.



 Tajuk: Awek Chuck Taylor
Penulis: Nami Cob Nobbler
Harga : RM20.00 (kalau ada t-shirt membership, ko dapat diskaun 20%)
Penerbit : Lejen Press .


Seriusly aku memang dah lame cari buku nie sebab tak rajin nak updated bace di blog asal. Hehe, tambahan aku dah tak follow blog tu atas beberapa sebab tapi masih nak bace buku nie. AS bro Linglung kata buku nie hot macam pisang goreng panas, aku pun lagi la rasa teruja nak ada satu. Okeh. Sakng dah ade.


So, buku ni memang true story as the author said. Memang cerita cinta betul punye lah, takde tipu-tipu fiksyen  macam Ombak Rindu. Hehe. So, i give him credit sebab berani untuk share cerita ni. Memang masyukk la jalan cerita. Dari awal hingga penamat cerita. Seriously, start dari membaca samapia abis, semua perjalanan cerita tu aku leh siap bayangkan lagi watak-watak tu kalo di filem kan. Dan for sure pelakon nye member aku la yang ada karekter se akan sama. So, memang aku menjiwai la sangat.



Ada beberapa watak utama , Hafiz, Mira, Nana. Watak Pembantu ialah si Aiman, Faizal, Fadila, Bella dan lain-lain lagi. lagi sekali seriously, kalau novel ni kembangkan pasal Keluarga si Mira which is Ayah Mira, Mak Mira, Aiman dan Nana cerita ni tetap boleh pergi jauh dan dikembangkan. Kadang-kadang aku lagi suka tengok brotherhood antara Hafiz dengan si Aiman. Giler kentang punye kamceng. Sayang pulak bila dah nak best tu, something happened. Sedey lak kat situ....aisey..



Watak Mira dan Nana pun aku suka. Berbeza karektar barangkali. Tapi aku tau bila dah baca, mesti ramai suka watak Nana. Yup, bila aku baca, aku bayangkan dia macam Nana dalam After School (haha. kantoi minat K.PoP). Mira pun best jugak kalau perhatikan  passion dan karekter dia tu. Tapi sayang kenapa dia jadi macam tu..erm, misterius....


Hafiz tu kadang-kadang gambaran watak yang ramai alami. Rasa macam loser, takde awek, tak hot, tapi punye otak yang kadang-kadang geliga cam tahap gaban. Tapi aku tak paham sangat-sangat bila beliau kena tiau dengan awek kaki cukur tue. Weh, serius geramm weh..kalo tau member kau kena cukur poket nye hari-hari. 


Faizal pulak watak yang pernah kite jumpe dalam hidup ni. Watak tipikal orang Timur yang ada prinsip sendiri yang nampak baek tapi tak sepenuhnya pun dia ikut. Kadang-kadang nampak dia terlalu strict dan konvensional macam lelaki dulu-dulu. Try to be heroic dan tamak (ada scene ini). Dia juga nampak macam suka jack diri dan claimed orang lain mcam bebal sangat. Tapi last-last dia pun kecundang juga pada pemikiran aku.


Btw, pasal ini cerita benar. Aku bagi 4 bintang. Untuk ketiga kali seriusnya, aku leh hadap buku ni sekali dua jer berbanding novel lain. So, itu menggambarkan betapa setiap lembaran halaman tu memang rasa syok jela nak baca. Hehe. Kadang-kadang ada juga aku terpikir, kenapa la aku tak pernah jumpe mamat ni time dia tengah study dalam zaman tersebut. Hehe. Lagi satu, aku pun terpikir juga mau tulis belajar-belajr tulis puisi..owh..akhirnya aku pikir balik, aku failed bab puitis ni.


Tak banyak yang negatif pasal buku ni dan mungkin Lejen Press boleh abaikan kalo rasa-rasa nak abaikan. Font nampak berterabur, tak justify, font Times New Roman terlalu biasa untuk novel sehebat ni, kalo pakai font lain kan nampak lain dan istimewa sikit. Kulit depan nampak biasa. Mungkin jugak pasal kulit depan ni dah di pakai di blog asal,so penerbit nak kekalkan supaya peminat asal (160k viewers) tak lari dan merajuk. haha. Aku lagi suka kulit depan yang teratur, nampak maksud tersirat di dalam nye. 


Haha. takpelah, citer nie memang bagus, tak rugi beli..kalo aku dapat sign si Nami Cob Nobbler ni pun bagus. AKu nak tau jugak karekter Aiman dan Mira lagi macam mana. 



p/s: Sedap jer tulis buku kan...apa kate kite tulis buku sendiri lak? Tunggu...

5 benda yang aku minat 'taim' kecik-kecik


Heh. Lama tak share benda mase kecik-kecik dulu kan. Jom share ape yang best dalam dunia aku mase kecik-kecik. 


1. LANGIT/ALAM SEMESTA/ GALAKSI

Ini antara benda yang buat aku minat mase kecik-kecik dulu. Since kat tv tak banyak siaran yang best. Sumber hiburan adalah terbatas. Maka dengan diteman dengan abang aku yang lebey kurang je perangai nye yang suke telaah buku-buku atas umur (buku sains kakak aku). So , sama-sama la kiteorang minat dengan langit nie (time malam jer, time siang tak minat..silau). 


So, waktu kecik-kecik ni la aku dengan abg updated bila gerhana matahari la, gerhana bulan la, pasal komet la, meteroid la, kenapa bintang tu kelip-kelip la...kenapa ada bintang kecik, ade bintang besar..ade bintang kaler merah...ada bintang kaler biru, ungu, putih, oren, hijau pucuk pisang..ehh..hijau ada ke? dan macam-macam. Haha, sometime kitorang ada gak tunggu bila la taik bintang ni nak jatuh..leh wat wish macam citer omputih tu...kan kan?


2. BANGUNAN/ REKABENTUK BANGUNAN



Owh. Siot time kecik aku rase memag inovatif lagi kreatif la otak. Sebab yang sama gak, tak ada barang mainan yang beli-beli macam budak lain, aku dengan abang aku lagi pakai saje ape-ape benda untuk jadi mainan. Ade part mcm rubber dari kilang kakak aku pun leh jadi mainan tau x? Kebetulan benda alah tu memang jadi  buangan je kt kilang kakak aku, So aku suh kakak aku amik potongan rubber@getah tu bawa balik umah. saiz nye dalam 2.5cm x 0.7cm dengan tebal 0.5cm. warne hihau dan berbentuk ala-ala Pokok Pine. So, dah leh bayang? So dari bahan terbuang tu la aku dengan abg aku wat menara la, wat rumah la, wat pagar bangunan la, wat pokok Pine la, buat bukit la (ni kes malas nak susun cantik-cantik).


Bayangkan, aku dengan abg aku compete wat bangunan tertinggi sebab mase tu KLCC baru siap. So, KLCC pun 88 tingkat, kitaorang wat sampai 100 tingkat. haha. gila tak gila la tapi kire aci lak jugak sebab bangunan tu takde basement. So, kiraan tingkat bermula dari lapisan terbawah. haha. Best kan? (padahal syok sendiri). Lama-lama da boring, dah malas nak susun tinggi-tinggi sebab lepas main kan kena kemas..padahal nak susun dia punye la lame smpi malas nk pergi makan tengahari. haha. Adoi..hidupp-hidup.



3. MAGIS, SIHIR DAN KUASA SAKTI

Haha. ini pun aku minat jugak. tak pelik la samapi sekarangpun aku minat juga. Well, kadang-kadang aku sangat maniac dengan benda-benda yang mistik, sihir dan sekumpulan pejuang atau manusia yang ada kebolehan masing-masing. Lagi satu, kalau cerita magik ni berkisar latar masa dulu-dulu macam citer Lord of The Ring, lagi la aku suka. Suka tengok magis dia camne, pakaian, jenis orang, karekter dia camne, pedang dia ukiran dia halus tak, tempat dia tinggal dan efek masa dia pakai power dia tu. Haha. Syok sangat dah tu...


Kadang-kadang dari drama ke game, filem semua aku minat. Citer Cave of The Golden Rose, Harry Potter, Lord of The Ring, The Caravan, Narnia tu semua memang aku suka la. Skang ni, aku try jugak donlod filem-filem magik yang aku kempunan nak tengok mase kecik-kecik dulu. Haha. Apedehal.


4. DINOSOUR

Dinosaur..dinosaur..dan dinosaur..weh..ini pun subjek paling best dalam hidup aku time kecik. Best tapi limited sebab just leh tengok kat tv, citer kartun..dan kalo untung ada kuar gambar kt surat khabar. Well, ini hobby dan minat sama-sama share dengan my abang. Beli plasticin dan kalo bosan wat benda-benda fizikal, kitaorang bentuk doh tu macam dinasour. Heh. tak jadik sangat pun pasal beli plastisin satu kaler je, kaler hjau lak tu...tak garang sungguh. 



Banyak-banyak dinosour, aku suke yang leher panjang bapak giler tu. Tak silap name dia Brachiosaurus. Ade lagi satu spesies yang leher panjang tapi tak leh celen yang aku punye tu. Abang aku minat dinosour mane, aku pun tak tau. Lantak ar, janji tak cop dinosour aku yang power tu. Sekali dia libas, T.Rex si tangan pendek pun pitam tau. Ahh, tapi sayang, Leher Brachiosaurus aku panjang sangat, that why T- Rex suka gigit tang situ. Adeh, pitam aku kalo Si Brachio nie kena attack dengan T-Rex. Camne takde harapan je kadang-kadang. So, pastu aku tambah lagi satu comrade si Brachio ni..yeay...camrades beliau adaleh si TRICERATOP! Yup. giler mangkuk ni ganas lg brutal. Walopun tak cukup tanduk dan duri untuk protect belakang beliau dari dibaham si T-Rex bebal, Triceratop mampu jadi member yang baik lagi akrab bersama si  Brachiosaurus. ehem. Jangan jadi gay sudah...haha.


5.  ART/MELUKIS/MENCONTENG



Horeyy..ini last top five minat atau perkara yang aku minat giler time kecik-kecik. Melukis! Time kecik-kecik dulu aku selalu tengok kakak dan abang aku melukis. Lukis pakai poster colour la, pakai pen dakwat cair la, pakai ballpen la, pakai pensel la, pakai cat air la. Sampai aku pun rase jeles and nak melukis gak macam diorang. Then, skill ni perlahan-lahan meningkat terutama bila masuk sekolah menengah. Aku berjumpe dengan 2 orang cikgu yang tau minat aku, leh ajar aku skill-skil melukis, tambahan lagi berjumpe pulak  member yang sama-sama pandai tapi tak berlagak. So, aku aim untuk kalah kan diorang dalam PS (Pendidin Seni dan macam-macam lagi la pertandingan melukis mase sekolah menengah dulu). Haha. dapat jugak walopon terpaksa compete dengan budak cina yang dah tau kepandaian beliau menggodak warna poster BUNCHO. Haha. So, aku minat gak kadang-kadang tapi pasal semua peralatan melukis aku dah hilang entah kemana. Aku just lukis pakai PAINT, applikasi yang memang dah ada dalam pc. So, belasah jela. Huhu. Sampai sekarang aku rase aku nak masuk ONE Academy pasal aku jeles student dia punye artwork. mengancam la siot!



p/s: Naek dewasa..subjek yang aku minat pun dah berubah sikit-sikit. Nanti aku update okeh.

Ahad, 18 Mac 2012

5 words that described Azlan Iskandar

Yes. He is world number 10 in PSA ranking. The top squash player in Malaysia also. Great to meet him during the Squash Day last two weeks. Not much to says. Just a fews word that i think could described him.





1. DETERMINE

2. COOL


3. PATRIOTIC


4. HUMBLE


5. PASSION


Nah, there others word that represent him anyway..i glad to see him play in CIMB Nicole David Open 2012. Nah, go for Malaysia.


p/s: Looking for partner for training.

Sabtu, 17 Mac 2012

Bengang 0.5

Malas nak cakap. Nak marah-marah pun susah. Cakap banyak nanti orang claim kurang adab. Let forget the other stuff, jom sama-sama pikir persoalan ini.



" How can you labeled the Malays student as opposition, betrayer, idiots or others crazy tags just because they showed their opinions that against government?"


Tolong lah. saye muak kena tahan muke senyum, seolah-olah tak terguris hati, seolah-olah saya tak paham apa-apa. Bila kena lecture free (padahal maki hamun dan kuliah yang takde point tapi panjang lebar) dan label saya seolah-olah saya tak sayang negara dan agama? Tak paham doh aku...sungguh tak paham. saya harap, saya ada hujah yang lebih kritikal dan konkrit nak layan cakap-cakap macam ni.


p/s: Kaum muda kena banyak belajar dan mengerti, Kaum tua pun sama jugak lah. Tok sah nak gebang hebat sangat kat kedai kopi. Awak pun sama jer...