Yes...
See me again and again. Pergh. Baru balik dari tengok sesi dialog antara agama. Yup, sori nampak macam skema tapi kalau kau setakat bangga dengan KePop kau tu, dance pusing-pusing sampai tak ingat dunia. Baek kau pergi kambus kepala sendiri dalam tanah. Sian, seronok-seronok jugak, tapi jangan sampai bodoh dan tuli hal-hal luar. Lagi-lagi hal semasa dan ada signifikan nye sendiri.
Pergh. Sesi 2 jam setengah tadi memang terasa agak lama dan begitu padat dengan fact. Yup, ia sama stress kalau kau masuk Kelas "Environmental Ethic" yang kelas sejam pun dah rasa macam 4 jam. Begitu la rasa padat nye otak-otak kau mau proses semua fakta-fakta yang religious tu. Aku pening. Sumpah!
Ada lima panel semua nya, wakil untuk agama/kepercayaan masing-masing. Ade Islam, Kristian, Hindu, Buddha, dan Taoism. Moderator memberi soalan yang kebanyakan orang keliru terhadap ajaran sesebuah agama. So, the panel or representative will explain in a very limited time. Lastly, there were a Question n Answer Session. End.
Sedihnya, ketika hangat sesi bersoal jawab, program itu dihambat masa. Demi kesian mereka-mereka yang bakal berkejaran bas, program itu ditamatkan pada jam 11. Aku hampa. Tapi sedikit puas kerna panel Muslim itu cukup bijak lagi berkredebiliti menjawab segala persoalan. Tabik spring! Jawapan nya padat, tepat dan nampak sangat pro. Insya Allah, tuhan memberkati usaha nya untuk terangkan lagi pasal Islam.
Ada beberapa pemerhatian yang ku buat tentang program ini:
1. Hadirin tak ramai - Bertempat di Dewan Tunku Abdul Razak, lokasi keramat UKM, saiz nya besar, jadi kalo ramai tak datang, memang nampak lompang dan kosong. Aku heran mana pergi komunti UKM terutama student-student pengajian Islam.
2. Promosi - Sepanjang belajar di UKM, aku tengok setiap program nya, ade plan promosi yang agak baik. Tapi kadang-kadang masih tak cukup untuk membuatkan warga UKM mau turun ke program-program sebegini. Di kolej-kolej pun aku rase tak berapa updated.
3. Hadirin- Ermm. Seriously, from my random observation..there not many followers from Taoism, Hindus and Buddhas in this programme. Are they don`t have ANY MISCONCEPTION in themself to their religion or toward other faith or RELIGION?
4. Respek- Rasa nya rakyat Malaysia perlu lebih paham dan hormat ketika majlis ilmiah camni berlangsung. Just shut up your mouth and handphone, so we could listen and learn better!
Begitu lah serba sedikit pasal program Inter- Religion Misconception Dialogue tadi. I wish Prof. Ekhwan were there to give his opinion or even a so damn true question and also my friend who think he has the freedom by separating his life with the Islam bonding.
p/s: Nakal memang nakal, jahat memang la jahat. Tapi jangan sampai runtuhkan 'rumah' sendiri. Please?




